SpecFron Sp01

 Memperkenalkan...

 Spec-Fr"0"-N

(SpecFron)

(Speak English Correctly "From Zero" - Now!)

 SpecFron - Sesi 01 GayaWeb
(Pengajian Secara Digital Melalui LamanWeb & Audio)

Klik pada audio ini:

 

 "SpecFron" adalah satu teknik menguasai komunikasi Bahasa Inggeris secara "Belajar Sendiri" tanpa menghadiri sebarang kelas bersemuka dengan menggunakan sepenuhnya teknologi digital online - melalui Apps Pilihan dan Internet

Kini GayaWEB!

Semestinya Free!

 

  Ingin BERKOMUNIKASI?

Ingin Bercakap? Ingin menulis?

Ingin bercerita atau membuat laporan?

Menyiapkan perbentangan & presentation?

Interview? Mengajar?

 SERTAILAH PROGRAM "SpecFron" ini secara GAYAWEB

Terus bercakap Bahasa Inggeris sekarang!

Tiga Sesi Tanpa Bayaran! Tanpa yuran!

 

 SEMESTINYA FREE

 Mulakan dari ZERO (tahap paling BASIC)

Baca penerangan di bawah ini dulu

(1) Dengar dulu rakaman audio/video yang disertakan 
(2) Ikut sebutan yang didengari dengan tepat
(3) lakukan semua dua tugasan yang diarahkan

 

Jom terus mulakan SpecFron Sesi Pertama anda DI SINI:

Pembuka Tirai & Pengenalan

Jom berlatih bercakap dari ZERO!

 Klik di sini untuk mendengar pelajaran ini

 

SpecFron - Sesi 01


Langkah Permulaan (Paling Wajib):

  • Hendak bercakap? Sudah tentu mesti ada PERKATAAN yang hendak disebut atau dicakapkan!
  • Anda perlukan begitu banyak PERKATAAN (Words) yang hendak anda cakap. Kalau tiada perkataan, apakah yang anda nak sebut bila bercakap?
  • Setiap yang ada sebut itulah dinamakan "PERKATAAN (Words)".
  • Sekumpulan koleksi semua perkataan yang anda miliki, ketahui dan kuasai dan ada dalam minda, otak dan kefahaman anda itulah yang dinamakan VOCABULARY

Baca ini dulu sebelum berlatih bercakap. Kini mahu bercakap dengan betul, bukan sebut apa-apa sesuka hati tanpa peraturan.

1) Apakah "PERKATAAN (Word)"?

Perkataan adalah kumpulan huruf-huruf A, B C dll yang digabungkan hingga

 (1) ada sesuatu erti & makna

 (2) ada bunyi sebutannya untuk disebut.

Misalnya Huruf M bergabung dengan A dan dengan K, diikuti dengan A dan N menjadi "M A K A N" atau "makan" - ada erti dan makna. Oleh itu, "M A K A N' adalah satu PERKATAAN (Word).

  • Adakah BAC satu perkataan?
    Maaf, BAC tidak ada makna. Jadi dia bukan satu perkataan. Tidak ada erti BAC dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
  • Adakah BACK satu WORD (=perkataan)?
    Yes. "BACK" ada erti dan ada bunyi sebutan dalam bahasa Inggeris. Jadi BACK adalah satu WORD, walaupun tidak ada perkataan BACK dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu,
  • Adakah BACA satu WORD (=perkataan)?
    Yes. BACA ada erti dan ada bunyi sebutan dalam bahasa MELAYU. Jadi BACA adalah satu WORD, walaupun tidak ada perkataan BACK dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, 

Boleh faham? Klik di sini jika tak boleh faham

 

2) Apakah "AYAT (Sentence)"?

  

Bila bercakap atau menulis, setiap cerita yang hendak anda sampaikan mesti mengandungi "AYAT (Sentence)": satu, dua atau beberapa buah ayat. Makin panjang cerita anda maka makin banyaklah ayat anda. 

Semua ayat akan bermula dengan huruf besar jika menulis dan ditamatkan (berakhir) dengan 'titik (noktah)" atau mana-mana tanda simbol.Selagi tiada titik maka sesebuah ayat itu dianggap BELUM SELESAI.

Jadi, ayat ialah gabungan dan himpunan beberapa perkataan (words) yang memenuhi syarat berikut:

  • (1) Bermula dengan huruf besar
  • (2) berakhir dengan titik (noktah)
  • (3) mengandungi sesuatu cerita, mesej dan kesah yang sempurna dan boleh difahami. Misalnya "Saya ("S" huruf besar) makan nasi (titik)" dan
  • (4) Mengandungi banyak perkataan (mungkin ada 2-3 dan mungkin 10-20 perkataan dalam setiap satu ayat).

Nanti kita akan lihat ada beberapa lagi syarat yang diperlukan jika ingin membuat sesuatu ayat yang betul, tepat dan cantik!

 

3) Jom mulakan dengan membina beberapa ayat mudah:

 

 

Ingin berlatih bercakap? Jom mula berkomunikasi di hari pertama ini!

Cara membina AYAT

Setiap ayat mengandungi BANYAK PERKATAAN (Words). Berikut adalah beberapa contoh "PERKATAAN (Words)" yang akan digabungkan dengan perkataan lain untuk membina sesebuah "AYAT (SENTENCE)". Kita akan membina ayat mengikut konsep "SAO"

Mulakan dengan membina ayat ringkas sahaja dulu berdasarkan "konsep SAO", iaitu

Setiap ayat mudah, ringkas dan pendek dibina dengan perkataan-perkataan berikut:
(1) Subjek
- mesti ada dalam semua ayat
(2) Aktiviti (Perbuatan / pekerjaan) 
- mesti ada dalam semua ayat
(3) Objek (atau lain-lain penjelasan tambahan)
- tidak diwajibkan ada, tetapi seeloknya ada!

Jangan bimbang - Anda boleh hubungi whatsapp kami jika keliru atau tidak faham apa yang dimaksudkan di atas

Ya. Perkataan ada BANYAK JENIS dan berlainan kategori. Ada kategori "Benda", kategori "Aktiviti" dan lain-lain

 

1) "S": SUBJEK (Subject) (Tajuk) - Kesah mengenai Siapa? WHO? Siapa yang melakukannya?

Subjek Jenis A

  • Jika seorang: You (anda)  I (saya)
  • Jika ramai: You (kamu semua) we (kami & kita)

"Subjek" adalah perkataan dalam kategori "BENDA/BARANG/Makhluk"  seperti Orang, Haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain

Dengar bunyi sebutan semua perkataan berwarna koko di atas.

 

 Panduan menggunakan simbol di atas:

Subjek Jenis B

B1) Jika seorang:

He (dia-lelaki) She (dia-Perempuan) It (dia - Binatang, Benda, Bukan Manusia) - semua ini bererti "DIA"

B2) Jika ramai:

They

 

 Dengar bunyi sebutan semua perkataan berwarna koko di atas.

Untuk pelajaran hari ini kita akan tumpukan hanya pada SUBJEK JENIS "A"  dan "B2" SAHAJA. Kita cuma gunakan "I, You, They dan We" sahaja

Teruskan ikuti kelas akan datang untuk SUBJEK JENIS "B1" pula.

 

2) "A": Aktiviti - Perbuatan (Pekerjaan yang dilakukan?) atau apakah pergerakan yang dibuat?

"Aktiviti" adalah perkataan dalam kategori "pergerakan, perbuatan, aksi dan pekerjaan"  (lihat contoh di bawah)

eat, cook, do, buy, want, like, need, sell, play..... (semua jenis "VERBS")

makan, masak, buat, beli, mahu, suka, perlu, jual, main..

 

3) "O":  Objek (Object) - benda apa dan makhluk mana yang menjadi "mangsa" (kena buat)? Atau perkara apa yang terlibat atau terjejas?

"Objek" adalah sama seperti SUBJEK, iaitu perkataan dalam kategori "BENDA/BARANG/Makhlok"  seperti Orang, Haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain

rice, cats, cars, flowers, it, this, that, eggs...

nasi, kucing-kucing, kereta-kereta, bunga-bungaan, dia/nya, ini, itu, telur-telur...

Perhatian: THIS (ini) dan THAT (itu) boleh digunakan sebagai OBJEK dan elok disambung dengan perkataan lain - akan kita pelajari dipelajaran akan datang!

SENTIASA INGAT FORMULA "SAO": "Subjek-Aktiviti-Objek" (Subjek Buat Objek)

  • Diwajib dan dimestikan setiap ayat lengkap mengandungi (1) Subjek (Subject) (2) Aktiviti (VERBS)
  • Tidak diwajibkan setiap ayat mengandungi (3) Objek
  • INGAT:
    • Setiap cerita anda bila bercakap atau menulis mesti mengandungi satu atau beberapa "AYAT (Sentence)".
    • Setiap ayat mengandungi BANYAK PERKATAAN (Words).
  • Berikut adalah beberapa contoh "PERKATAAN (Words)" yang akan digabungkan dengan perkataan lain untuk membina sesebuah "AYAT Lengkap (SENTENCE)"

 

Perhatikan contoh AYAT di bawah ini:

 AYAT
(SENTENCES)
(1)
Subjek
(2)
Aktiviti
(3)
Objek
  1. I need you.
  2. They want rice.
  3. We like cats.
  4. I sell flowers.
  5. You cook it.
  6. We eat this.
1
They
We
I
You
We
need
want
like
sell
cook
eat
you
rice.
cats
flowers.
it
this

 

Bagaimana menyebutnya?

Dengar sebutan ayat ini satu persatu:

  • Ulangi mendengar sambil membaca sebanyak sekurang-kurangnya 3 kali
  • Mesti tiru sebutan dan nada/irama dia dengan tepat.
  • Lakukan tugasan di bawah ini nanti:

Perhatian:
Maklumat lanjut mengenai pelajaran ini ada di Nota eBook Set 01 atau join kelas Fas-BEG, KIUGBI-eff atau FFES. Pilih ONLINE atau F@F Bersemuka di lokasi anda.

 

Vocabulary Anda.

Vocabulary adalah koleksi, himpunan dan senarai semua perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa yang anda sudah kenal, faham dan telah kuasai, dan anda sudah sedia ada memilikinya dalam minda/otak anda! Jumlah vocabulary anda memang berbeza dengan jumlah perkataan yang diketahui oleh orang lain!

1) Lihat beberapa perkataan jenis "VERBS" di bawah ini nanti:

Semua AKTIVITI (Pekerjaan, perbuatan dan apa yang dilakukan) adalah dikenali sebagai "VERBS" (= "Katakerja" dalam Bahasa Melayu dan "Fi'el" dalam Bahasa Arab)

2) Beberapa perkataan SUBJECTS atau OBJECTS ("NOUNS") di bawah ini:

Semua jenis benda, nama, barang, semua jenis makhlok - Tumbuhan, haiwan dll samada SUBJEK atau OBJEK dikenali sebagai "NOUNS" (=bunyi sebutan = NA-UNS) (= "katanama" dalam Bahasa Melayu dan "ismun/ISM" dalam Bahasa Arab).

 

1) Senarai VERBS

Yang mana satu dari perkataan berikut yang anda belum tahu ertinya? Tulis perkataan yang anda baru jumpa hari ini dan hantar ke Whatsapp ini.

Ada Verbs yang boleh ada objek di belakangnya dan yang TIDAK ADA PERLU OBJEK di belakangnya.

VERB + Objek

Verbs berikut elok diletakkan sesuatu objek di sebelahnya. Contoh objek: "it" atau "you"

VERB + Tanpa Objek

Verbs berikut TIDAK PERLU diletakkan sebarang objek di sebelahnya

read it   baca dia

fry it   goreng dia

drink it   minum dia

climb it   panjat dia

tell you  beritahu anda

eat it   makan dia

write it   tulis dia

cook it   masak dia

see you nampak/ternampak anda

fly it terbangkannye

know it - Kenal atau tahu dia

hate it - benci dia

walk berjalan

swim berenang

sleep tidur

look lihat/tengok

run berlari

stand berdiri

smile senyum

go pergi

come datang

talk cakap

sit duduk

jump lompat

Listen! Apa yang orang ini sebut?


 

Perhatian:
Maklumat lanjut mengenai pelajaran ini ada di Nota eBook Set 01 atau join kelas Fas-BEG, KIUGBI-eff atau FFES. Pilih ONLINE atau F@F Bersemuka di lokasi anda.

 

2) Senarai NOUNS

Yang mana satu dari perkataan berikut yang anda belum tahu ertinya?

  • OrangAli, Siti, Anwar, Mahathir, boy (budak lelaki), girl (budak Perempuan), man (orang lelaki), woman (orang perempuan), baby (bayi),

    (tuliskan 2-3 lagi: ..................................)

Tuliskan 2-3 senarai NOUNS yang memang anda sudah lama tahu dan hantar ke Whatsapp ini. Kosongkan jika tidak tahu.

  • Tempatoffice (pejabat), house (rumah), city (bandaraya), school (sekolah), airport (lapangan terbang)

    (tuliskan 2-3 lagi: ..................................)
  • Bandar/negeri/negara - Malaysia, Kuala Lumpur, Kedah dan Alor Star

    (tuliskan 2-3 lagi: ..................................)

  • Benda/barangbox (kotak), television, computer, telephone, book, pencil, food (makanan), tree (pokok), fruit (buah)

    (tuliskan 2-3 lagi: ..................................)

  • HaiwanRabbit (arnab), sheep (biri-biri), ant (semut), dog (anjing), bear (beruang), crocodile (buaya)

    (tuliskan 2-3 lagi: ..................................)

  • Jawatan - student (murid/pelajar), teacher (guru), doctor, engineer, policeman

    (tuliskan 2-3 lagi: ..................................)

Dengar sebutan perkataan ini dan ulangi 3x dan ikut cara menyebutnya sama seperti yang dia sebut

 

Tugasan SpecFron01-01

Sebut semua ayat di bawah ini dalam Bahasa Inggeris.

Rakamkan sebutan anda dan hantar AUDIO anda kepada kami

  1. Aku perlukan kau
  2. Mereka mahu nasi
  3. Kami suka kucing-kucing
  4. Saya jual bunga-bunga
  5. Awak memasaknya
  6. Kita makan ini

  RAKAM SEKARANG

Tekan pada logo di bawah ini dan anda akan dibawa terus ke Whatsapp anda.

Klik pada butang microphone pada whatsapp dan terus rakamkan jawapan anda, dan HANTAR!

Mulakan dengan menyebut nama anda, umur dan dari lokasi mana dulu sebelum menjawab soalan


 Jawapan anda akan mendapat teguran dan maklumbalas dari kami melalui Whatsapp.

Jawapan dan hantaran AUDIO anda TIDAK serta merta di periksa. Berikan 2-8 jam untuk petugas kami memberikan komen.

Kebiasannya pihak kami akan bersedia dari jam 5.30 ptg hingga 6.30 petang. Terima kasih kerana bersabar.

Tugasan SpecFron01-02

Sila hantar komen, pandangan dan cadangan anda mengenai kelas SpecFron Sesi Pertama ini ke Whatsapp ini untuk sambung ke sesi seterusnya.

Mulakan dengan menyebut nama anda, umur dan dari lokasi mana dulu

 

https://bahasa-inggeris.com/studenTugasan SpecFron01-03

Minta share, like dan hebohkan kepada kawan-kawan melalui link di bawah ini sebab mereka juga perlukan bantuan ilmu dan kemahiran ini! Berbaktilah pada insan yang lain!

 

Ingin Sambung ke SESI KE 2?

Apa yang ada dan akan dilatih di sesi kedua?

(1) Panjangkan ayat supaya lebih cantik dan berkualiti

(2) Latihan untuk baiki dan kemaskan bunyi sebutan (PRONUNCIATION) anda

(3) Bercakap dn berkomunikasi dalam GRAMMAR - TANPA BELAJAR GRAMMAR!

 

Klik di sini untuk
Sambung ke SESI KE 2

Semestinya FREE. Jom!

 

 

Kesimpulan

SpecFron Sesi 01

Itulah VOCABULARY ANDA! Berapa banyak perkataan Bahasa Inggeris yang sudah ada terhimpun dalam minda dan otak anda sekarang ini? Boleh kira?

Jom mulakan mengumpul 10-20 perkataan baru mulai hari ini supaya anda dapat koleksi vocabulary berjumlah 300 perkataan setiap bulan dan berjumlah 3000 perkataan dalam tempoh SATU TAHUN! Setuju? Cuba kunjungi laman ini: VBU atau KELSVBu

Semua ini akan dipelajari jika anda sanggup meluangkan masa dan ada keinginan atau kesungguhan. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit memang perlu disediakan demi mencapai kejayaan

Jom Ikuti Pakej SpecFron in hingga tamat. Atau pilih ListSpeak, Kelsvbu, FFES dan FasBEG

 

KLIK DI SINI untuk Join ONLINE atau F2F BERSEMUKA

 

 

SpecFron adalah satu petikan dari Pakej "Speak English Now"

Ingin Speaking Tahap Dewasa (Tajuk BEBAS)? Join "Speak English Now1

>> KLIK DI SINI  <<

 

Tak beberapa faham? Ingin penjelasan?
Ingin bimbingan Khas secara ONLINE?

>> KLIK DI SINI << 

Kurang faham? Ingin bimbingan Khas 
secara Bersemuka F2F di lokasi anda?

>> KLIK DI SINI <<

Terlalu mudah? Ingin Tahap yang lebih tinggi sedikit?
Basic English sudah OK?

>> KLIK DI SINI <<

Ingin Join kelas Bimbingan Pakej Penuh 60 jam?

(Bersemuka atau ONLINE)

>> Join FFES <<

Ingin tumpu pada tajuk khas yang saya masih keliru (tajuk mengikut pilihan saya) ?

>> Join "Fas-BEG" <<

 

Ingin Speaking untuk MUET?

>> KLIK DI SINI  <<

Ingin Kuasai English melalui Nota eBook kami (untuk dibaca sendiri)?

>> Beli Nota eBook 4 sets <<

 

 

  

 

Sila Share laman ini ke semua kenalan dan saudara-mara anda sebab mereka juga ingin berjaya dalam bahasa inggeris,

Sila like dan comment di Facebook!

Klik pada butang ini:

 

 

Share