EG/GBU 13 - Fungsi "S"
Ramai yang tak suka ditanya apa makna dan erti "S" sebab mereka sangka mereka memang sudah lama tahu kegunaan "S". Tetapi jawapan mereka salah. Mereka sebenarnya belum berupaya menguasai Bahasa Inggeris
Bila sebut "S" semestinya dalam kepala kita ternampak "PLURAL" ataupun "benda yang banyak". Betul!!! Tetapi tahukah anda dalam bahasa inggeris S bukannya satu jenis sahaja. Kita boleh tengok bahawa "S" ada lebih dari 6 kegunaan dan erti.
Terkejut?
Kegunaan dan Fungsi "S"
(1) "S" digunakan bersama BENDA (Nouns) untuk menunjukkan "BANYAK":
"A PEN" adalah SEBATANG PEN tetapi "PENS" (ada S) adalah BANYAK PEN!
(2) "S" juga digunakan bersama-sama koma ( ' ) sebelumnya untuk menandakan "KEPUNYAAN (milik)".
This is ALI's pen: Ada "S" di situ selepas perkataan ALI - ini bererti "ALI PUNYA PEN" - Ketahuilah bahawa bukan semua "S" bererti "BANYAK"
(3) "S" juga adalah singkatan kepada "IS" (=adalah). Jika anda nampak "That'S a pen" ada terdapat 'S di situ.... itu bukan plural. Itu adalah S yang merupakan singkatan kepada IS.
Sebelum kita teruskan, bolehkan anda tulis TIGA ayat mudah dalam bahasa inggeris yang mengandungi setiap satu dari jenis-jenis "S" yang telah diajar tadi? Silakan hantar seberapa segera! (tulis di ruangan KOMEN di bawah!
(4) "S" juga digunakan secara semula jadi... memang perkataan berikut asal-asal lagi sudah ada "S" - misalnya CLASS, BUS, PASS... semua ni adalah "S semulajadi"! Jangan sangka semua "S" bererti PLURAL
(5) She HAS GONE juga boleh diringkaskan menjadi SHE'S GONE - huruf "S" ini adalah singkatan kepada HAS!
(6) ada siapa tahu apakah kegunaan "S" yang ke ENAM?? kalau tahu sila cerita sikit!
Jawapan: huruf "S" digunakan dalam Bahasa Inggeris setiap kali bila VERB (perbuatan & pekerjaan) dilakukan oleh "3rd Person Singular" - iaitu HE, SHE, IT dan semua orang lain yang bukan SAYA dan AWAK!
Bila HE/SHE/IT melakukan sebarang perbuatan, present tense (Base Form)nya mesti ditambah dengan "S"!
Kalau "I": Caranya I EAT EVERY DAY, tapi kalau SHE? Caranya ialah SHE EATS EVERY DAY (ada "S") kat situ! Eat bertukar menjadi eatS
"You cry every night", tetapi "He CRIES every night"!
Itulah ENAM KEGUNAAN "S" dalam Bahasa Inggeris! Jangan sangka kalau ada "S" semestinya bererti BANYAK/RAMAI.
"She drinks it" TIDAK BERERTI "Dia minum banyak". Minum banyak atau sedikit, "SHE" mesti menyebabkan VERBS ada "S". Lihat Nota eBook Set 01 untuk maklumat lanjut.
Tahukah anda kegunaan dan fungsi "S" yang ke 7?
Tugasan Fas13-01
Bolehkan anda tulis TIGA ayat mudah dalam bahasa inggeris yang mengandungi setiap satu dari jenis-jenis "S" yang telah diajar tadi? Silakan hantar seberapa segera! (tulis di ruangan KOMEN di bawah!
Tugasan Fas13-02
Boleh tulis 3 ayat contoh yang VERBS dia ada "S"?? Misalnya Ali drinks it every week! Drink (minum) adalah verb. Sebab yang membuatnya adalah ALI (3rd Person Singular) maka, DRINK mesti dapat "S" di belakangnya...
Tugasan Fas13-03
Ada berapa "S" dalam cerita ini.... kenapa ada "S" di situ?
ThiS movie meanS a lot to Minah'S father but he needS to watch more movieS every day. Minah understandS that her father loveS her but she alwayS eatS alone because her brotherS hate her. She loveS catS and that'S why she scoldS her sisterS every week. She'S a hot tempered lady!
Jawab: ada .... "S" dalam cerita di atas
1) ....
2) ....
3) ....
4) ....
...
Tugasan KHAS
Sekarang barulah anda boleh menjawab soalan ini dengan jawapan yang TEPAT dan CEMERLANG! Barulah anda diiktiraf sebagai benar-benar FAHAM Bahasa Inggeris
Soalan kita ialah:
Apa yang anda tahu mengenai "NOUNS" ?
Jawab melalui Whatsapp atau telegram jika anda seorang student PREMIUM!